Nadipreneur – Pemasaran Dan Operasi Perniagaan

15 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 14 Mei 2026 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Webinar NADIPRENEUR yang bertajuk Pemasaran dan Operasi Perniagaan. Webinar tersebut dijalankan selama dua jam bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari dan disertai oleh seorang peserta wanita daripada komuniti sekitar NADI.

Webinar tersebut dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama iaitu tajuk Pemasaran diberikan oleh penceramah Cik Rozita bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. Manakala untuk sesi yang kedua iaitu tajuk Operasi Perniagaan diberikan oleh penceramah Encik Muhamad Syamil bermula selepas tamatnya sesi pertama pada pukul 11:00 pagi – 12:00 tengahari.

Kami berharap agar apa yang dipelajari sepanjang sesi ini berlansung dapat dijadikan tunjuk ajar kepada para peserta dan dapat dikongsikan bersama dengan komuniti yang lain. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali